Format Laptop Zaman Jepun

YES! Aku telah berjaya mengFormat laptop Zaman Jepun, khas untuk adik aku. Gahaha, Dah berapa hand, jap aku kira, bapa aku, abang aku, aku, pastu adik aku, 4th hand pun 4th la. Apa bole buat, zaman kegawatan ekonomi, jangan membazir. Haha!



Aku pakai XP untuk format, err, download punya, sekali lagi, jangan membazir beli kalau ada yang free. XD. XP Gold ka hapa ntah, bagi yang biasa-biasa sudeyh, belum install apa-apa driver lagi tu, dah sibuk aku post entry sini.

aku rasa aku pun mahu format laptop aku. Lembab nih. Bila-bila lah, besok lusa, bila free lagi.

Blogger atau Wordpress?

Cita-cita aku mahu tukar, beli domain sendiri. Bila aku jalan-jalan, macam best pula ada domain sendiri. fizyanee.com? yeyen.com? Alahai comel nye! Hahaha, serius, yeyen.com tu comel. Tapi sejuta kali sayang, yeyen.com sudah ada yang punya, sammi buddha mana entah.



Gaaah, aku marah sikit, tapi tidak mengapa, bagi can la, nanti la aku fikirkan, besok, lusa, mungkin tahun-tahun depan saja, bila PTPTN aku sudah langsai.. T___T.. Lagi pulak, blog aku ini picisan, picisssan, (err, tumpang tanya, picisan itu apa?) tapi macam best, aku guna jugalah, Blog Picisan Yeyen. Haha!

Aku mungkin akan melakukan sedikit pembersihan, yalah, sekarang kan sudah akhir tahun, akauntan pun sudah busy, tutup buka buku ledger (aku hentam saja). So, to cut it short yang memang tidak berapa panjang nih, aku akan sapu-sapu la sikit blog-blog YANG SAYA FOLLOW, (oh, tiba-tiba jadi saya), err, mungkin akan terbahagi kepada beberapa kumpulan.

1. Blog personal yang kisahnya menarik dan saya dengan rela hati ingin menjadi stalker mereka. pergh, stalker bebeh..
2. Blog personal yang kisahnya macam post aku juga lebih kurang.
3. Blog yang sangat berilmiah, tutorial dan berbincang pasal hal-hal yang semasa dan menarik dimata Yeyen, ya, Yeyen.

cukuplah 3 kategori, memang 3 kategori saja yang aku follow dan terfollow. Pagi besok, Kategori 2 mungkin terpaksa aku unfollow, sebab nanti aku akan skip juga masa baca aku punya Google Reader. Ya, itu sebab saya tamo follow lagi. Hehe. tidak mengapa, kehilangan satu follower macam aku ni, apalah sangat, pergi follow blog orang lain dan cakap "i dah follow u, follow me back,ok", pling, dapat satu follower sudah. Ok, aku bergurau.

Err, kepada mereka yang 67 follower tu, terima kasih banyak-banyak kerana follow, walaupun aku tahu, memang ramai follower comel yang follow sesuka, (you-know-what-i-mean) dalam tu.

Ok, nite-nite..

Update.
Ada sikit P/S: kepada blog yang mengharamkan right click, err kalau korang ada rekod right click, mungkin aku la yang paling banyak right click, sebab aku tidak dibiasakan meright click guna F5 mahupun ctrl+R ataupun butang refresh itu sendiri. Pergh, aku sudah biasa right click tekan reload. tiada niat mahu mencuri gambar peribadi korang mahupun copy paste atau lagi sedap, plagiat apa-apa. Tidak cool. Haha. Kalau dari google, aku suka. Haha! Itu saja aku mahu bagitahu..XD

Serang Hendap Photoscape

Hari tu, En Arc bertanya, software apa aku guna untuk edit pic-pic aku yang sangat comel tu. hehe, aku sudah jawap, tapi aku tetap mahu post. Hehe. Walaupun ramai sudah tahu, aku mahu bagitahu lagi, bagisemua tahu. Haha, perlukah bagitu dekat dengan perkataan lepas dia. ok,ok, tidak perlu. Klik gambar untuk ke Laman Sesawang Photoscape dan Download.

dengan Photoscape ni, boleh buat macam-macam, ok, untuk lebih jujur, aku malas sekarang, XD, malas mahu tunjuk contoh banyak-banyak. hasil edit guna photoscape ni lebih kurang macam gambar-gambar yang aku edit. Semua pakai photoscape. Tapi header atas tu guna Photoshop (walaupun simple XD) sebab photoscape tiada fungsi layer. Apa yang penting, bukan kerjasama, tapi FREE, ya, photoscape free, saya ulang, FREE!!! kenapa aku bagi Italic pun aku x tahu.

aku suka guna ini untuk "CTRL+V" kan hasil "prt sc" aku, sebab boleh trus add effect berbanding guna Paint. Tapi EverNote dengan OneNote pun best juga untuk fungsi print screen. Muahaha, gila software. Sudahlah, aku lapar. Hehe.

Pssst: Seperti yang semua sedia maklum, you-know-who sedang berbuat spotcheck. haha, aku kan penakut, sembunyi la semua, biasalah, aku budak baik, tidak mahulah aku turun naik mahkamah akibat sebuah mouse. (xleh blah, mahkamah~)

Tajuk Telur Boleh?



Haha, isu dadih telur aku ni belum habis okay. biarlah, aku suka.
kura-kura pun suka.
haa, kau mesti x percaya,
bagus ko percaya sekarang, sekarang.
wajib!
kalau tidak, aku tunjuk bukti, haha.
kalau kau percaya pun, aku mahu tunjuk jugak.
XD



lihat. kau percaya sekarang? ataupun lebih percaya?
hehe..mari zoom lagi..



haha. comel ja turtle tu. muahahhaha!
so lepas ni, turtle korang birthday,
belanja la beliau makan dadih.
lagi special, dadih bentuk-telur-rasa-laici-mangga
ok, ok.
sekian terima nur kasih dah lama habis. XD.

Notis: Itu kura-kura sebenar.

Telur Mata Kerbau yang Perfect!


Post hari ini dimulakan dengan sekeping gambar serupa telur mata kerbau yang sangat segar. Cun kan?! walaweh, terer aku menggoreng. Syabas Yeyen, syabas! Ok, tuan-tuan dan puan-puan semua, mari saya berkongsi sedikit RAHSIA terbesar dalam menggoreng telur mata ini dengan jayanya. Sediakan pen dan kertas. Baca baik-baik. Pertama, pastikan kuali anda betul-betul panas. Kedua, gunakan minyak zaitun, sebab warna minyak zaitun kurang kuning daripada minyak lain dan lebih penting, lebih berkhasiat, baik untuk kesihatan. (hah, rasa macam minum minyak zaitun berbotol-botol sekarang) Ketiga, pecahkan telur dengan hati-hati, (pastikan telur telah dicuci). Keempat...

Ok,ok,ok..aku sudah tidak mampu menahannya lagi, aku ubah fakta. Haha. obviously (x obvious sgt pun) itu dadih weh, dadih! ngee~ aku tahu, korang tengok gambar pun tahu, tapi apakan daya, memang nampak macam telur, sampai adik aku pun terpedaya. haha!

Aku konfius, kenapa telur mata kerbau tu dipanggil telur mata kerbau,(siapalah yang cipta nama ni..-.-") padahal, telur tu dari ayam, paling tidak pun, telur mata hari, kan macam bentuk matahari tu. Bak kata orang putih, sunny side up egg. tapi kenapa perlu follow orang sana, biarlah, buffalo eye egg pun boleh la..

Update:
Rahsia sebenar gambar ini ialah, dadih laici dan cumi2/sumi/jelly berbont*t bulat perisa mangga. Jangan lupa untuk mencuba. Haha!
idea asal: mummy.

Gendang Gendut Tali Kecapi

Kenyang perut senang hati. ya, ya, memang sangat tepat pantun, pantunkah? whatever it is, ya, aku kenyang sekarang nih (dan memang sangat senang hati akibat kekenyangan..XD)

mummy: makan saja kerja dari bangun sampai tidur
yeyen: biar, kasi gumuk, boleh masuk biggest loser asia 2 nanti
mummy: ??

gahaha, dialog yang aku punya aku baru reka tadi, dialog mummy tu ada tokok tambah. Kenyang laa. Bilalah turn mau lapar pula, tapi aku bersyukur, makan cukup, tidur pun cukup. Haha! bunyi macam sangat menikmati hidup. XD.


siapa mahu kobis? yang terlebih besar tu, guna baja tahi ayam fresh dari reban. ok,ok, bukan, rakan-rakan yang menziarahi kebun tu yang baja. baja standard famville jeh. haih, dari tadi cakap pasal makan, pasal makanan. tengok tv jap, cerita lelaki buaya darat. haih, benci betul, sudah ada bini, mau lagi ada perempuan simpan-simpan. suka menyusahkan diri, kena tanggung perempuan simpanan yang shaver lagi, kena berhati-hati yang ekstra lagi, bila kantoi, sendiri juga susah. haihh.. dunia dunia.. global warming betul. ok, tu CHOGM, tiada kaitan. tapi serius shit! best gila, atas cruise ship 16 tingkat. walaweh, buat aku terasa ingin berskandal dengan menteri, bawa aku naik cruise ship. haha! buaya darat~ dah, dah aku dah buang dah niat aku. hehehe.

ok, ni berkaitan perubahan sikit dengan layout aku, see

hihi, bukan lah perubahan besar, just aku tambah tab untuk list untuk di klik. hee.. mengikut pengalaman mengklik aku, ads yang petak besar paling tidak malu untuk keluar, sebab tu aku tambah yang petak besar tu.  yang dekat header tu yang malu-malu kucing sikit. haih.

sebagai penutup, akuingin menyanyikan sebuah lagu, ok, bukan-bukan, (suara aku memang lagi sedap dari siti nurhaliza, tapi aku segan.XD)  tutup dengan noktah sudeyh.. hehe, (aku tiada idea T__T)

P/S: thank you kepada yang sudi mengunjungi blog ini disamping menklik nuff. ngee~

Selamat Hari Raya AidilAdha

gahahaha, raya haji tahun ni macam raya haji tahun biasa, macam hari biasa, tapi yang lebih, ada solat sunat raya, dengan rendang, lemang ketupat segera adabi, kuah kacang, dan takbir raya. lagi ekstra, cerita TV1 yang aku tengah layan sekeluarga ni. pergh, syahdu tidak menahan-nahan. hah, dia letak tajuk, Selagi Ada Waktu. kau ingat cerita melayu nda bes? Tipikal cerita melayu la. haha! tiba-tiba lagu khatimah cinta pula dalam cerita nih.

hah, aku mau layan ini cerita dulu. haha! (hero dah mati weh)